Thursday, June 7, 2007

mari Belajo

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam P&P



Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran secara terancang, berfikrah, tersusun dan bersesuaian berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Penggunaan ICT ini membolehkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Ini menjelaskan kepentingan penggunaan komputer, internet dan perisian produktif untuk tujuan penyelidikan, pengumpulan maklumat dan berkomunikasi perlu digalakkan terutama di kalangan guru.

Syarat penggunaan ICT dalam pendidikan adalah;

1. Perancangan yang baik

2. Bersesuaian dengan kurikulum untuk menyokong pendekatan P&P.

3. Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan untuk menyokong pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari dua aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid guna ICT). Dalam konteks pembelajaran, pengunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai:

Ø Tutorial

Ø Penerokaan(eksploratori)

Ø Aplikasi

Ø Komunikasi


bersambung di post akan datang ;) ...

KEGUNAAN INTERNET


INTERNET


PENGENALAN

Internet adalah gabungan perkataan inter dan networking, iaitu internet atau antara rangkaian. Internet juga dikenali sebagai Net, merupakan satu rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di merata dunia. Sekiranya, mana-mana dua komputer yang bersambung kepada rangkaian ini dapat saling bertukar maklumat seolah-olah mereka dihubungkan secara terus. Dalam hal ini komputer yang dahulunya bersendirian dapat berhubung langsung dengan host-host atau komputer-komputer yang lain. Internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar. Setiap penduduk memiliki alamat (Internet Address) yang dapat bertukar berita dan maklumat atau informasi. Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang mirip dunia, maka internet disebut dengan ruang siber (cyber space) Apabila komputer disambungkan ke Net, seolah-olah labah-labah yang berada di tengah-tengah lingkaran sarangnya (web) yang besar. Semua jalur Web ini boleh memberikan maklumat dari komputer lain.

ASAS INTERNET

Bahagian ini akan membincangkan beberapa perkara asas mengenai internet termasuk sejarah internet, protokol komunikasi melalui internet dan kegunaan internet dalam pendidikan
Sejarah Internet

Sepertimana yang anda ketahui, Internet kini menguasai hamper setiap aspek kehidupan manusia. Sebagai seorang guru, mengapa sejarah internet ini penting untuk diketahui dan adakah anda tahu bagaimana ia bermula. Sebelum internet ada, ARPAnet (US DefenseAdvanced Research Projects Agency) atau Departemen Pertahanan Amerika padatahun 1969 membuat jaringan komputer yang tersebar untuk menghindarkan terjadinya informasi terpusat, yang apabila terjadi perang dapat mudah dihancurkan.



Rajah 7.1 : Arpanet
Sumber : http://www.cs.utexas.edu/users/chris/
think/ARPANET/images/overview.jpg

Apabila satu bahagian dari sambungan network terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu, internet digunakan di kalangan ahli dan bidang akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Setelah itu, pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.
Rujukan : OUM

Monday, June 4, 2007

Mutiara Hati

Setiap sesuatu menjadi petanda, Dialah Yang Maha Esa. (Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Bahawasanya yang dapat menerima pelajaran & peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna…)

a blog for Internet dlm P&P

me, as another member for this blog yg 'terpaksa' hahahah ;) dibangunkan untuk kelas Mr Ramli b Awang; our lecturer for 1 subject for this semester (Jun 2007 KDC-KPLI) Internet dlm P&P..

so, wait for our next post!!!....

Welcome

Selamat datang ke blog kitaorang..ni just salah satu tugasan yang Encik Ramli bagi kat kitaorang..sebetul nya bukan la suka sangat nak buat blog ni sebab takder apa nak criter <--Fiza. tapi kak izah ada blog..tapi taktau apa dia taip kat situ..so ini first time time citer kat blog ni..takpa lama lama nanti sure banyak benda kitaorang akan letak dalam blog ni..nak tengok apa just masuk jer blog kitaorang Ok..ok sayonara...anyiong he ge seyo..