Thursday, June 7, 2007

INTERNET


PENGENALAN

Internet adalah gabungan perkataan inter dan networking, iaitu internet atau antara rangkaian. Internet juga dikenali sebagai Net, merupakan satu rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di merata dunia. Sekiranya, mana-mana dua komputer yang bersambung kepada rangkaian ini dapat saling bertukar maklumat seolah-olah mereka dihubungkan secara terus. Dalam hal ini komputer yang dahulunya bersendirian dapat berhubung langsung dengan host-host atau komputer-komputer yang lain. Internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar. Setiap penduduk memiliki alamat (Internet Address) yang dapat bertukar berita dan maklumat atau informasi. Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang mirip dunia, maka internet disebut dengan ruang siber (cyber space) Apabila komputer disambungkan ke Net, seolah-olah labah-labah yang berada di tengah-tengah lingkaran sarangnya (web) yang besar. Semua jalur Web ini boleh memberikan maklumat dari komputer lain.

ASAS INTERNET

Bahagian ini akan membincangkan beberapa perkara asas mengenai internet termasuk sejarah internet, protokol komunikasi melalui internet dan kegunaan internet dalam pendidikan
Sejarah Internet

Sepertimana yang anda ketahui, Internet kini menguasai hamper setiap aspek kehidupan manusia. Sebagai seorang guru, mengapa sejarah internet ini penting untuk diketahui dan adakah anda tahu bagaimana ia bermula. Sebelum internet ada, ARPAnet (US DefenseAdvanced Research Projects Agency) atau Departemen Pertahanan Amerika padatahun 1969 membuat jaringan komputer yang tersebar untuk menghindarkan terjadinya informasi terpusat, yang apabila terjadi perang dapat mudah dihancurkan.



Rajah 7.1 : Arpanet
Sumber : http://www.cs.utexas.edu/users/chris/
think/ARPANET/images/overview.jpg

Apabila satu bahagian dari sambungan network terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu, internet digunakan di kalangan ahli dan bidang akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Setelah itu, pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.
Rujukan : OUM

No comments: