Thursday, June 7, 2007

mari Belajo

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam P&P



Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran secara terancang, berfikrah, tersusun dan bersesuaian berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Penggunaan ICT ini membolehkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Ini menjelaskan kepentingan penggunaan komputer, internet dan perisian produktif untuk tujuan penyelidikan, pengumpulan maklumat dan berkomunikasi perlu digalakkan terutama di kalangan guru.

Syarat penggunaan ICT dalam pendidikan adalah;

1. Perancangan yang baik

2. Bersesuaian dengan kurikulum untuk menyokong pendekatan P&P.

3. Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan untuk menyokong pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari dua aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid guna ICT). Dalam konteks pembelajaran, pengunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai:

Ø Tutorial

Ø Penerokaan(eksploratori)

Ø Aplikasi

Ø Komunikasi


bersambung di post akan datang ;) ...

No comments: